| 1. Kenalpasti jenis perniagaan |
| Jenis Perniagaan | Borang yang perlu di isi |
| Perniagaan melibatkan Makanan/ minuman | Borang Establisymen Makanan |
| Perniagaan Pusat Kecantikan dan Kesihatan | Borang Pusat Kecantikan dan Kesihatan |
| Pusat Siber | Borang Pusat Siber |
| Banner Bunting | Borang Iklan Sementara |
| Promosi/ Penggambaran / Jualan Murah | Borang Permit Sementara |
| Aktiviti melibatkan hiburan | Borang Pusat Hiburan |
| Pertambahan iklan premis berlesen sedia ada | Borang Tambahan Iklan |
| Lain – lain aktiviti | Borang Komposit Tred, Perniagaan, Perindustrian dan Iklan |
2. Kenalpasti Kawasan Perniagaan |
| Kawasan Perniagaan | Jenis Aktivti |
| Komersial | Kesemua aktiviti yang tidak melibatkan kacau ganggu |
| Industri kecil | Aktiviti yang mungkin melibatkan kacau ganggu seperti bengkel kenderaan, aktiviti pembuatan produk, simpanan bahan berbahaya |
| Industri | Aktiviti yang melibatkan kacau ganggu dan pelepasan efluen, pembuatan produk berskala besar |
| Rumah | Kesemua aktiviti perniagaan tidak dibenarkan melainkan telah mendapat kelulusan tukar guna bangunan. |
3. Pastikan premis perniagaan mengikut spesifikasi |
| Kawasan Perniagaan | Perkara yang perlu dipatuhi |
| Restoran | Mematuhi kesemua keperluan seperti yang tercatat pada garis panduan borang permohonan contohnya :
- Mempunyai Perangkap Minyak
- Mempunyai Corong Asap sehingga ke bumbung
- Memasang jubin di dinding premis
- Menggunakan rak stainless steel
- Mempunya tandas dan tempat mencuci tangan
- Tidak mencampurkan aktiviti menjual makanan dengan aktiviti – aktiviti lain
|
| Pusat Kecantikan | Mematuhi kesemua keperluan seperti yang tercatat pada garis panduan borang permohonan contohnya :-
- Tidak membina bilik dengan dengan pintu. (Gunakan langsir sahaja)
|
| Iklan Premis | Mematuhi kesemua keperluan seperti yang tercatat pada garis panduan borang permohonan contohnya :-
- Tidak memasang iklan melebihi beam bangunan
- Tidak memasang iklan yang menutup tingkap
|
| Bengkel/ Pusat Servis |
Mematuhi kesemua keperluan seperti yang tercatat pada garis panduan borang permohonan contohnya :-
- Tidak membina struktur kekal seperti ‘ramp’ masuk ke kedai
- Hanya menggunakan ‘Ramp Mudah Alih’ yang boleh ditanggalkan apabila premis berpindah
|
| 4. Hadir Ke Kaunter Jabatan Pelesenan Untuk Membeli Borang dan Mendapatkan Penerangan |
| Permohonan Baru | Lokasi Kaunter | Lokasi Kaunter |
| Lesen Tred, Pusat Hibura, Pusat Siber, Establismen Makanan,
Iklan Premis Permit Sementara | Kaunter 7, 8 dan 9,
Tingkat Bawah,
Ibu Pejabat MBPJ,
Jalan Yong Shook Lin,
46675 P. Jaya
| Isnin hingga Jumaat 8.00 am hingga 5.00 p.m
1 Februari hingga 1 November setiap tahun
Pada bulan November, Disember dan Januari kaunter permohonan baru akan dibuat di Tingkat 6, Menara MBPJ
|
| Lesen Banner Banting | Kaunter Jabatan Pelesenan Tingkat 6, Menara MBPJ,Jalan Tengah, 46675 Petaling Jaya
| Isnin hingga Khamis 8.00 a.m - 5.00 p.m (Rehat 1 p.m -2 p.m)
Jumaat 8.00 a.m - 5.00 p.m (Rehat 12.15 p.m 2.45 p.m)
|
| Lesen Penjaja |
5.Sediakan dokumen – dokumen sokongan |
| Bil | Perkara | Kategori Dokumen |
| 1. | Salinan Kad Pengenalan/ Pasport | Wajib |
| 2. | Syarikat Sendirian Berhad
Borang 9 (Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian)
MAA (Memorandum And Articles Of Association) - 1 set
Borang 24 (Pemegang Saham)
Borang 49 (Pemilikan Syarikat)
| Wajib bagi syarikat Sdn Bhd sahaja |
| 3. | Syarikat Enterprise / PLT
Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan)
Maklumat Perniagaan (mempunyai alamat premis dipohon)
Maklumat Pemilik Masa Kini.
| Wajib bagi perniagaan Enterprise sahaja |
| 4. | Sijil Pendaftaran Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab/ Pendaftaran Badan Profesional
| Wajib bagi Pertubuhan/ Kelab/ Badan Profesional Sahaja |
| 5. | Sijil Pendaftaran Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab/ Pendaftaran Badan Perjanjian Penyewaan Premis yang dimatikan setem
atau
Perjanjian Jual Beli
atau
Salinan surat tawaran perjanjian penyewaan
(perlu cap pesuruhjaya sumpah)
| Wajib |
| 6. | Lakaran pelan lantai | Wajib |
| 7. | Akujanji | Wajib bagi Permohonan Lesen Kritikal Sahaja |
| 8. | Pengesahan ejaan bahasa pada visual iklan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. | Wajib |
| 9. | Surat rasmi sebab tidak memohon papan iklan | Wajib bagi premis yang tidak memasang papan iklan |
| 10. | Surat rasmi membenarkan wakil bagi permohonan yang dihantar menggunakan orang perantaraan. | Jika berkaitan |
Dokumen Am bagi kesemua jenis permohonan |
| Bil | Perkara | Jenis Perniagaan/ Premis |
| 1. | Gambar Perangkap Minyak | Restoran/ Makanan |
| 2. | Gambar cerobong asap | Restoran/ Makanan |
| 3. | Salinan resit suntikan TY2 | Restoran/ Makanan |
| 4. | Salinan sijil pengendalian makanan | Restoran/ Makanan |
| 5. | Salinan sijil Rawatan Muka | Pusat Kecantikan |
| 6. | Gambar ‘Perimiter Drain’ | Kedai cuci kenderaan |
| 7. | Salinan permohonan sewa tempat letak kereta | Kedai Aksesori Kereta/ Pusat Servis Kenderaan/ Cuci Kereta |
| 8. | Kebenaran tukar guna bangunan | Jika ada tukar guna bangunan daripada kediaman kepada komersil/ kepada industri atau sebaliknya |
| 9. | Kebenaran Jabatan Kawalan Bangunan | Jika ada pembinaan struktur tambahan |
| 10. | Kebenaran merancang | Institusi Pendidikan/ Hospital/ Tadika dan taska/ Hotel/ Pusat Jagaan/ Pusat Sukan Rekreasi/ Barang Lusuh/ Stesyen Minyak |
| 11. | Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor | Tadika/ Isnstitusi Pendidikan |
| 12. | Kelulusan Pejabat Veterinar | Restoran/ MakananKelulusan Pejabat Veterinar |
| 13. | Lesen Mesin Cetak KDN | Percetakan |
| 14. | Perakuan Pendaftaran Lembaga Farmasi | Farmasi |
| 15. | Amalan PerubatanTahunan KKM | Klinik |
| 16. | Lesen Pemberi Pinjaman Wang KPKT | Pinjaman wang |
| 17. | Lesen Pajak Gadai KPKT | Pajak gadai |
| 18. | Kelulusan Finas | Menjual VCD / CD/ DVD |
| 19. | Lesen Pengurup Bank Negara Malaysia | Pengurup |
| 20. | Perakuan kelayakan optometri | Kedai cermin mata |
| 21. | Perakuan pendaftaran dengan pertubuhan yang berkaitan. | Golongan profesional (arkitelk, peguam, jurutera, akauntan) |