Pertanyaan-pertanyaan lazim
1. Saya ingin membuka perniagaan di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, apakah yang perlu saya lakukan?
2. Berapa lamakah lesen saya akan diluluskan?
3. Berapa lamakah sah laku lesen – lesen di atas?
4. Apakah beza antara Lesen Sementara, Kad Akuan dan Lesen Kekal?
5. Adakah Pegawai Majlis akan melawat premis perniagaan saya selepas lesen dikeluarkan?
6. Jabatan manakah yang akan melawat premis saya?
7. Tempoh lesen sementara saya telah tamat. Apakah yang perlu saya buat?
8. Tiada pegawai Majlis hadir ke premis saya selepas 3 bulan
9. Perlukah sambungan lesen sementara saya dibayar?
10. Saya telah mendapat surat tawaran lesen kekal, tetapi lesen sementara saya masih sah? Bolehkah saya membayar kadar lesen kekal ini selepas lesen sementara saya tamat?
11. Berapakah kadar lesen sementara?
12. Mengapa saya dikenakan cagaran iklan bagi lesen kekal?
13. Mengapa saya dikenakan cagaran bagi aktiviti pusat kecantikan dan penjagaan, kesihatan, pusat siber dan pusat hiburan?
14. Bagaimanakah saya ingin membuat tuntutan cagaran iklan?
15. Berapa lamakah proses untuk saya mendapatkan kembali wang cagaran?
16. Apakah cara pembayaran tuntutan cagaran berkenaan?
17. Saya ingin berpindah ke premis bersebelahan yang masih di dalam kawasan MBPJ, bolehkah saya menggunakan semula cagaran yang telah saya bayar?
18. Saya ingin meletakkan barang jualan di kaki lima adakah permit untuk membuat aktiviti berkenaan?
19. Bolehkah saya meletakkan kerusi meja di luar premis restoran saya?
20. Berapakah tempoh masa untuk memproses permohonan permit sementara?
21. Saya ingin berpindah premis. Namun lesen saya masih sah, bolehkah saya menuntut semula baki fi lesen atau bolehkah saya memindahkan baki fi lesen yang telah dibayar untuk premis baru?
22. Mengapa semua lesen Majlis tamat pada 31 Disember setiap tahun? Mengapa tidak ianya tamat mengikut sistem ‘anniversary’. Contohnya lulus bulan Mac dan tamat bulan Mac tahun hadapannya?
23. Bolehkah saya memperbaharui lesen untuk tempoh melebihi 1 tahun?
24. Saya telah mempernaharui lesen secara online. Adakah resit pembayaran online boleh digunakan sebagai lesen?
25. Bolehkah saya memuat turun borang permohonan lesen secara ‘online’?
26. Dimanakah saya boleh hadir kursus pengendalian makanan untuk melengkapkan keperluan membuka premis menjual makanan?
27. Dimanakah saya boleh mendapatkan suntikan TY2 bagi melengkapkan keperluan membuka premis menjual makanan?
28. Apakah keperluan bagi permohonan lesen anjing?
29. Saya ingin menukar ‘design’ papan iklan saya. Saiz papan iklan adalah tidak berubah. Apakah yang perlu saya lakukan?
30. Saya ingin menukar ‘design’ papan iklan saya. Saiz iklan telahpun berubah. Apakah yang perlu saya lakukan?
31. Saya ingin mengurangkan bilangan iklan di premis saya, apakah yang saya perlu lakukan?
32. Dimanakah saya boleh hadir kursus pengendalian makanan untuk melengkapkan keperluan membuka premis menjual makanan?
33. Dimanakah saya boleh mendapatkan suntikan TY2 bagi melengkapkan keperluan membuka premis menjual makanan?
34. Apakah keperluan bagi permohonan lesen anjing?
35. Saya ingin menukar rekabentuk corak papan iklan saya. Saiz papan iklan adalah tidak berubah. Apakah yang perlu saya lakukan?
36. Saya ingin menukar rekabentuk papan iklan saya. Saiz iklan telahpun berubah, apakah yang perlu saya lakukan?
37. Saya ingin mengurangkan bilangan iklan di premis saya, apakah yang saya perlu lakukan?
38. Saya ingin membuat pertambahan aktiviti perniagaan, apakah yang saya perlu lakukan?
39. Saya ingin membuat pertukaran nama syarikat/ perniagaan apakah yang perlu saya lakukan?
40. Pengarah syarikat yang tercatat di bil pembaharuan lesen telahpun berhenti, saya ingin mengemaskini maklumat pengarah terkini. Apakah langkah yang perlu saya lakukan?
41. Saya ingin mengurang aktiviti perniagaan di lesen saya. Dahulu saya ada membuat aktiviti berkenaan, sekarang tidak lagi paakah yang perlu saya lakukan?
42. Adakah proses pertukaran butiran pada lesen di atas akan dibuat secara serta merta di kaunter?
43. Adakah apa – apa caj dikenakan bagi pindaan butir –butiran lesen berkenaan?


1. Saya ingin membuka perniagaan di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, apakah yang perlu saya lakukan?
Tuan boleh hadir ke kaunter setempat Jabatan Pelesenan di Jalan Yong Shook Lin 46675 Petaling Jaya bagi mendapatkan borang permohonan dan penjelasan lanjut.

2. Berapa lamakah lesen saya akan diluluskan?
Lesen tuan / puan akan dikeluarkan secara serta merta di kaunter terdapat dua jenis lesen akan dikeluarkan bergantung kepada aktiviti dan lokasi perniagaan tuan/ puan iaitu :
  • 1. Lesen Sementara
  • 2. Lesen
  • 3. Kad AKuan


3. Berapa lamakah sah laku lesen – lesen di atas?
Tempoh sah laku bagi
  • 1. Lesen Sementara – 6 bulan daripada tarikh permohonan
  • 2. Kad Akuan – 3 bulan daripada tarikh permohonan
  • 3. Lesen Kekal – sehingga 31 Disember tahun semasa

4. Apakah beza antara Lesen Sementara, Kad Akuan dan Lesen Kekal?
Lesen Sementara ialah bagi aktiviti yang memungkinkan kacau ganggu.
  • Kad Akuan adalah bagi kategori aktiviti yang tiada peruntukan Lesen Sementara di dalam Undang – Undang Kecil.
  • Lesen kekal serta merta ialah bagi aktiviti – aktiviti yang tidak menimbulkan kacau ganggu

5. Adakah Pegawai Majlis akan melawat premis perniagaan saya selepas lesen dikeluarkan?
Pegawai Majlis akan membuat lawatan ke premis tuan, Tempoh masa 6 bulan dan 3 bulan adalah dianggap mencukupi untuk tuan mematuhi apa – apa notis pematuhan sekiranya ada keperluan lesen yang tidak dipatuhi semasa pemeriksaan.

6. Jabatan manakah yang akan melawat premis saya?
Bagi premis makananan akan dilawati oleh PPKP Jabatan Kesihatan Persekitaran, Manakala premis premis lain akan dilawati oleh PPKP Jabatan Pelesenan.

7. Tempoh lesen sementara saya telah tamat. Apakah yang perlu saya buat?
Lesen tuan boleh disambung untuk 6 bulan lagi atau (3 bulan lagi bagi kad akuan). Walau bagaimanapun pihak majlis akan meneliti dahulu keperluan untuk menyambung lesen berkenaan. Tuan diminta untuk menulis surat rasmi kepada Jabatan pelesenan MBPJ memohon mengapa lesen sementara hendak diperbaharui.

8. Tiada pegawai Majlis hadir ke premis saya selepas 3 bulan.
Pegawai Majlis mungkin telah hadir ke premis tuan, tetapi tuan tiada di premis atau premis tuan tutup semasa pemeriksaan. Tuan boleh menelefon PPKP Jabatan Pelesenan untuk mendapatkan tarikh dan waktu temujanji. Senarai nombor telefon boleh dilihat di ruang direktori.

9. Perlukah sambungan lesen sementara saya dibayar?
Ya, tuan perlu membayar kadar fi lesen bagi lesen sementara untuk tempoh 6 bulan lagi.

10. Saya telah mendapat surat tawaran lesen kekal, tetapi lesen sementara saya masih sah? Bolehkah saya membayar kadar lesen kekal ini selepas lesen sementara saya tamat?
Tuan dikehendaki membuat bayaran lesen kekal secepat yang mungkin kerana amaun berkenaan telah direkodkan di dalam akaun lesen tuan. Lesen sementara yang diberikan kepada pihak tuan adalah inisiatif pihak Majlis untuk memudahkan pelanggan dengan memberikan lesen secara serta merta di kaunter bagi tujuan pemeriksaan sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab pihak tuan untuk menjelaskan amaun lesen kekal yang sebenar.

11. Berapakah kadar lesen sementara?
Kadar lesen sementara ialah maksima RM 400.00 setiap aktiviti, manakala kadar Iklan sementara ialah RM 70.00 bagi setiap 1 muka iklan bercahaya dan RM 60.00 bagi setiap 1 muka iklan tidak bercahaya.

12. Mengapa saya dikenakan cagaran iklan bagi lesen kekal?
Cagaran dikenakan bagi pengeluaran lesen kekal untuk kali pertama hanya untuk premis yang mempunyai papan iklan. Kadar cagaran ialah bersamaan dengan kadar iklan. Tujuan cagaran ini dikenakan ialah supaya tuan menurunkan iklan dan memaklumkan kepada pihak majlis sekiranya perniagaan tuan tidak lagi beroperasi di premis berkenaan

13. Mengapa saya dikenakan cagaran bagi aktiviti pusat kecantikan dan penjagaan, kesihatan, pusat siber dan pusat hiburan ?
Cagaran dikenakan bagi permohonan kali pertama di premis yang sama bagi tujuan pematuhan. Sekiranya tuan melanggar syarat – syarat lesen, seperti menjalankan aktiviti selain daripada yang dilesenkan, cagaran berkenaan boleh ditolak.

14. Bagaimanakah saya ingin membuat tuntutan cagaran iklan?
Tuan boleh menggunakan borang tuntutan cagaran yang boleh diperolehi di laman web Majlis dengan menyertakan borang cagaran asal, salinan penyata bank dan salinan kad pengenanalan

15. Berapa lamakah proses untuk saya mendapatkan kembali wang cagaran?
Sekiranya tiada masalah, bayaran akan diperolehi dalam jangkamasa 1 minggu hingga 4 minggu waktu bekerja.

16. Apakah cara pembayaran tuntutan cagaran berkenaan?
Bayaran akan menggunakan cek yang akan dialamatkan kepada alamat seperti yang tercatat di borang tuntutan cagaran.

17. Saya ingin berpindah ke premis bersebelahan yang masih di dalam kawasan MBPJ, bolehkah saya menggunakan semula cagaran yang telah saya bayar?
Tidak boleh, tuan dikehendaki memohon lesen baru, dan membayar semula cagaran untuk alamat baru. Tuan boleh menuntut kembali cagaran yang telah dibayar di premis lama dengan menggunakan borang tuntutan cagaran iklan yang boleh dimuat turun di laman web majlis.

18. Saya ingin meletakkan barang jualan di kaki lima adakah permit untuk membuat aktiviti berkenaan?
MBPJ tidak mengeluarkan apa – apa permit di kaki lima premis

19. Bolehkah saya meletakkan kerusi meja di luar premis restoran saya?
Tuan boleh memohon menggunakan borang permit kerusi meja. Kelulusan akan diberikan berdasarkan kesesuaian lokasi. Hanya premis yang telah memperolehi lesen kekal establisymen makanan sahaja dibenarkan memohon permit kerusi meja.

20. Berapakah tempoh masa untuk memproses permohonan permit sementara?
Proses permohonan permit sementara mengambil masa sekurang kurangnya 14 hari kerana perlu mendapat ulasan Jabatan Teknikal. Tuan hendaklah menghantar borang permohonan 14 hari sebelum tarikh acara.

21. Saya ingin berpindah premis. Namun lesen saya masih sah, bolehkah saya menuntut semula baki fi lesen atau bolehkah saya memindahkan baki fi lesen yang telah dibayar untuk premis baru?
Fi lesen yang telah dibayar tidak akan dikembalikan. Bagi premis baru, tuan dikehendaki menghantar semula borang permohonan dan membayar semula kadar fi baru sekiranya lesen di premis baru diluluskan.

22. Mengapa semua lesen Majlis tamat pada 31 Disember setiap tahun? Mengapa tidak ianya tamat mengikut sistem ‘anniversary’. Contohnya lulus bulan Mac dan tamat bulan Mac tahun hadapannya?
Buat masa ini Tiada peruntukan pengeluaran lesen secara anniversary di dalam Undang – Undang Kecil yang memberi kuasa kepada kutipan fi lesen berkenaan.
Hanya Undang – Undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan sahaja yang mempunyai peruntukan pengeluaran lesen anniversary. Oleh itu buat masa sekarang hanya lesen – lesen pusat Penjagaan Kesihatan sahaja yang akan dikeluarkan secara anniversary.

23. Bolehkah saya memperbaharui lesen untuk tempoh melebihi 1 tahun?
Tuan boleh memperbaharui lesen untuk tempoh maksima sehingga tiga tahun. namun kadar fi lesen tidak akan dikembalikan dan ianya juga tertakluk kepada lesen lesen tidak kritikal dan tidak berisko sahaja, contohnya butik pakaian dan kios.

24. Saya telah mempernaharui lesen secara online. Adakah resit pembayaran online boleh digunakan sebagai lesen?
Tidak, selepas membuat pembayaran lesen secara ‘online’. Pihak tuan masih perlu hadir ke kaunter Jabatan Pelesenan untuk mengambil lesen dan pelekat premis. Adalah menjadi kesalahan jikalau pihak tuan gagal mempamerkan lesen apabila diminta oleh anggota penguatkuasa walaupun lesen telah dibuat.

25. Bolehkah saya memuat turun borang permohonan lesen secara ‘online’ ?
Contoh borang permohonan lesen ada diletakkan di dalam laman web Majlis untuk dimuat turun. Namun begitu ianya tidak boleh digunakan untuk membuat permohonan secara rasmi. Bagi membuat permohonan secara rasmi, tuan masih perlu hadir ke kaunter Jabatan Pelesenan bagi membeli borang permohonan dan garis panduan.

26. Dimanakah saya boleh hadir kursus pengendalian makanan untuk melengkapkan keperluan membuka premis menjual makanan?
Sekiranya tuan belum pernah hadir mana – mana kursus pengendalian makanan, tuan boleh memuat turun senarai sekolah sekolah pengendalian makanan di laman web rasmi MBPJ. Sila gunakan kata kunci “Sekolah pengendalian makanan” di menu carian.

27. Dimanakah saya boleh mendapatkan suntikan TY2 bagi melengkapkan keperluan membuka premis menjual makanan ?
Tuan boleh mendapatkannya di mana – mana klinik yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Sila simpan resit atau surat pengesahan pengambilan suntikan untuk tujuan pemeriksaan pada bila – bila masa.

28. Apakah keperluan bagi permohonan lesen anjing?
Keperluan permohoanan bagi permohonan lesen anjing ialah
  • 1. Salinan kad pengenalan Pemohon
  • 2. Gambar hadapan rumah
  • 3. Gambar haiwan
  • 4. Salinan sijil suntikan anjing daripada doktor veterinar
  • 5. Borang permohoan berharga RM2 yang boleh diperolehi di kaunter Jabatan Pelesenan


29. Saya ingin menukar ‘design’ papan iklan saya. Saiz papan iklan adalah tidak berubah Apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya tiada perubahan pada saiz iklan, tuan boleh menghantar ‘artwork’ berserta surat rasmi kepada Jabatan Pelesenan. Caj RM 50.00 akan dikenakan.

30. Saya ingin menukar ‘design’ papan iklan saya. Saiz iklan telahpun berubah Apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya ada perbuahan pada saiz iklan tuan diekehendaki membeli ‘Borang Tambahan Iklan’ dan nyatakan pada borang tersebut iklan yang manakah yang hendak diturunkan. Tuan dikehendaki membayar kadar iklan baru.

31. Saya ingin mengurangkan bilangan iklan di premis saya, apakah yang saya perlu lakukan?
Tuan boleh memuat turun borang pindaan butir – butir lesen di laman web MBPJ dan ikut keperluan seperti di borang permohonan. Dokumen yang diperlukan ialah :-
  • Salinan lesen MBPJ
  • Surat bertaip
  • Salinan lesen MBPJ
  • Gambar Iklan yang telah diturunkan


32. Dimanakah saya boleh hadir kursus pengendalian makanan untuk melengkapkan keperluan membuka premis menjual makanan?
Sekiranya tuan belum pernah hadir mana – mana kursus pengendalian makanan, tuan boleh memuat turun senarai sekolah sekolah pengendalian makanan di laman web rasmi MBPJ. Sila gunakan kata kunci “Sekolah pengendalian makanan” di menu carian.

33. Dimanakah saya boleh mendapatkan suntikan TY2 bagi melengkapkan keperluan membuka premis menjual makanan?
Tuan boleh mendapatkannya di mana – mana klinik yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Sila simpan resit atau surat pengesahan pengambilan suntikan untuk tujuan pemeriksaan pada bila – bila masa.

34. Apakah keperluan bagi permohonan lesen anjing?
Keperluan permohoanan bagi permohonan lesen anjing ialah :-
  • 1. Salinan kad pengenalan pemohon
  • 2. Gambar hadapan rumah
  • 3. Gambar haiwan
  • 4. Salinan sijil suntikan anjing daripada doktor veterinar
  • 5. Borang permohonan berharga RM2 yang boleh diperolehi di kaunter Jabatan Pelesenan


35. Saya ingin menukar rekabentuk corak papan iklan saya. Saiz papan iklan adalah tidak berubah. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya tiada perubahan pada saiz iklan, tuan boleh menghantar ‘artwork’ berserta surat rasmi kepada Jabatan Pelesenan. Caj RM 50.00 akan dikenakan.

36. Saya ingin menukar rekabentuk papan iklan saya. Saiz iklan telahpun berubah, apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya ada perubahan pada saiz iklan tuan dikehendaki membeli ‘Borang Tambahan Iklan’ dan nyatakan pada borang tersebut iklan yang manakah yang hendak diturunkan. Tuan dikehendaki membayar kadar iklan baru.

37. Saya ingin mengurangkan bilangan iklan di premis saya, apakah yang saya perlu lakukan?
Tuan boleh memuat turun borang pindaan butir – butir lesen di laman web MBPJ dan ikut keperluan seperti di borang permohonan. Dokumen yang diperlukan ialah :-
1. Salinan lesen MBPJ
2. Surat bertaip
3. Gambar Iklan yang telah diturunkan.

38. Saya ingin membuat pertambahan aktiviti perniagaan, apakah yang saya perlu lakukan?
Tuan boleh memuat turun ‘Borang Pindaan Butiran Pada Lesen’ dan ikut panduan di dalam borang berkenaan. Borang tersebut boleh dimuat turun di laman web Majlis

39. Saya ingin membuat pertukaran nama syarikat/ perniagaan apakah yang perlu saya lakukan?
Tuan boleh memuat turun ‘Borang Pindaan Butiran Pada Lesen’ dan ikut panduan di dalam borang berkenaan. Borang tersebut boleh dimuat turun di laman web Majlis

40. Pengarah syarikat yang tercatat di bil pembaharuan lesen telahpun berhenti, saya ingin mengemaskini maklumat pengarah terkini. Apakah langkah yang perlu saya lakukan?
Tuan boleh memuat turun ‘Borang Pindaan Butiran Pada Lesen’ dan ikut panduan di dalam borang berkenaan. Borang tersebut boleh dimuat turun di laman web Majlis

41. Saya ingin mengurang aktiviti perniagaan di lesen saya. Dahulu saya ada membuat aktiviti berkenaan, sekarang tidak lagi paakah yang perlu saya lakukan?
Tuan boleh memuat turun ‘Borang Pindaan Butiran Pada Lesen’ dan ikut panduan di dalam borang berkenaan. Borang tersebut boleh dimuat turun di laman web Majlis

42. Adakah proses pertukaran butiran pada lesen di atas akan dibuat secara serta merta di kaunter?
Tidak, permohonan berkenaan akan diproses dahulu dan jikalau perlu, lawatan ke premis akan dibuat terlebih dahulu oleh pegawai Jabatan Pelesenan.
Justeru tuan diminta tidak menghantar permohonan sewaktu musim pembaharuan lesen pada hujung tahun kerana proses ini tidak boleh dilakukan secara serta merta di kaunter.

43. Adakah apa – apa caj dikenakan bagi pindaan butir –butiran lesen berkenaan?
Caj RM 50.00 akan dikenakan selepas permohonan pindaan butiran pada lesen berkenaan diluluskan.